Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang paling sempurna pada hari kiamat”.
Khairat Kematian
PROGRAM KHAIRAT KEMATIAN
MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH
1.0 PENGENALAN
1.1 Khairat Kematian adalah program yang direka khas bagi membantu semua golongan terutama golongan yang kurang berkemampuan agar memudahkan pengurusan jenazah beliau bersama keluarganya.
1.2 Khairat Kematian Masjid akan memberi servis pengurusan jenazah secara percuma dari awal hingga akhir kepada si mati dengan syarat si mati ingin kebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam al Hikmah, Mukim Bukit Gading sahaja.
1.3 Pengurusan yang diberi ialah bermula Mandi Jenazah hingga Mengaji al-Quran 30 Juzuk.
2.0 CARA MENJADI AHLI KHAIRAT
2.1 Pendaftaran ahli mengikut satu keluarga :
Satu keluarga bermakna suami, seorang isteri dan anak-anak. Jika mempunyai dua isteri bermakna dua keluarga.
Seterusnya begitulah !
Yuran Keahlian
——————-
Yuran Pendaftaran : RM10 (sekali sahaja)
Sumbangan Khairat : RM10 (setiap bulan pada 3hb)
* pastikan wang yang disumbang kepada Program Khairat adalah ikhlas dari hati, bukan terpaksa dan lain-lain